Loading...

Permainan Tradisional

Jenis-jenis Congkak

Thursday, December 17, 2009

Permainan Congkak

video

Pengenalan Congkak

Pengenalan Permainan Congkak

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Di utara Semenanjung, congkak dipanggil Jongkok.

Pada zaman dahulu, congkak hanya dimainkan oleh golongan istana.Lama-kelamaan,permainan ini berkembang kepada rakyat jelata.Pada hari ini,congkak dimainkan oleh semua penduduk di seluruh dunia.

Asal -Usul

Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan masyarakat Melayu di negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang berasal daripada negara Arab.Hal ini demikian kerana satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari gali “National Geography” yang menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari yang bentuknya seperti papan congkak bertarikh 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara Arab.

Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh pedagang-pedagang arab yang berdagang ke negeri Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman Kesultanan Melaka dulu.

Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan dengan menggunakan kulit kerang atau digelar “congkak”.Dari situlah bermulanya nama congkak ini.


Alat Permainan

Dalam permainan congkak,peralatan utama yang diperlukan untuk vermain prmainan ini ialah papan congkak dan buah congkak.Papan congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu tebal yang mempunyai antara 80 cm hingga 20 cm lebar.

Papan ini berbentuk seperti perahu dan bahagian atasnya terdapat dua baris lubang.Setiap baris mempunyai lima atau tujuh lubang yang mana setiapnya berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-lubang ini diknali sebagai “kampung”.Pada setiap hujung barisan lubang ini terdapat lubang yang lebih besar yang berukuran 14 cm garis pusat yang dinamakan “rumah”.

Buah congkak pula terdiri daripada beberapa jenis buah yang sesuai untuk dimainkan.Antara buah yang sering digunakan ialah kulit kerang,biji saga,biji getah,guli dan ketul-ketul batu kelikir.Buah-buah congkak bersaiz sederhana supaya mudah memegangnya semasa bermain.Tambahan pula,lubang kampung yang brsaiz kecil memerlukan buah yang kecil juga untuk memenuhi lubang tersebut.

Jumlah buah adalah bergantung kepada jumlah lubang kampung.Semakin banyak lubang kampung,semakin banyak buah yang diperlukan.Namun begitu,buah dalam setiap lubang kampung haruslah dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11,13 atau sebagainya.

Cara Bermain

Congkak dimainkan secara pusingan dan jumlah pusingan bergantung kepada ketepatan yang dibuat antara kedua-dua pemain.Matlamat permainan congkak ialah menamatkan permainan lebih awal daripada lawan,menghalang atau memastikan terus lawan daripada meneruskan permainan.

Permainan congkak dimainkan pada masa lapang.Pada permulaan permainan,setiap kampung hendaklah dipenuhi dengan tujuh biji buah congkak,permainan bermula dengan kedua-dua pemain memulakan permainan secara serentak.

Pemain akanmengambil semua buah daripada salah satu kampungnya dan memasukkan sebiji demi sebiji buah tersebut ke dalam setiap kampung yang dilaluinya,termasuklah sebiji ke dalam rumah congkak sendiri.

Jika buah terakhir berhenti di dalam kampung yang mempunyai buah di dalamnya,pemain boleh meneruskan permainan tersebut.Jika buah itu berhenti di rumah,pemain boleh memilih mana-mana kampung untuk meneruskan permainan.Tetapi,jika buah terakhir singgah di kampung yang tiada buah,pemain dikira”mati” dan tidak boleh meneruskan permainan.Jika pemain mati di kampung sendiri dan bertentangan dengan kamung pihak lawan,pemain berhak mengambil buah di kampung pihak lawan tersebut(bertentangan sahaja)dan memasukkan ke dalam rumah sendiri.Taktik ini digelar “tikam”.Sekiranya mati di tempat lawan,pemain tidak dibenarkan berbuat demikian.

Apabila buah di kampung masing-masing tinggal beberapa biji sahaja lagi,maka mereka hendaklah berjalan setapak atau sekampung demi sekampung hingga ke rumah masing-masing.Sekiranya salah seorang pemain kehabisan buah di kampungnya sendiri,dia dikira kalah pada pusingan tersebut.

Pada pusingan kedua,pemain akan mengisi buah ke dalam kampung sendiri daripada buah yang terdapat pada rumah masing-masnig.Setiap kampung perlu diisikan dengan tujuh buah.Jika seorang pemain kekurangan buah dan tidak cukup untuk diisi ke dalam kampung,dikira terbakar dan tidak boleh digunakan dalam pusingan tersebut.Buah berlebihan hendaklah disimpan ke dalam rumah sendiri.

Pemain yang memenangi pusingan pertama akan memulakan permainan dalam pusingan kedua.Cara bermain adalah sama seperti pusingan pertama.Jika pemain yang mempunyai kampung yang terbakar,dapat mengisi semula kampung tersebut dalam pusingan seterusnya dan boleh digunakan semula kampung tersebut.

Dalam permainan ini,mereka dikehendaki berusaha menambah bilangan buah seberapa banyak yang boleh ke dalam rumah masing-masing supayapihak lawan hilang kesemua buah di dalam rumahnya.Sesiapa yang memperolehi kesemua buah termasuk daripada kampung lawan dikira menang dalam permainan itu.

Pemenang

Terdapat beberapa cara untuk menentukan kemenangan dalam permainan congkak.Antaranya adalah dengan mengira jumlah buah congkak yang diperoleh.

Sekiranya terdapat banyak buah di dalam lubang rumah,sehingga berlebihan walaupun telah dimasukkan lubang kampung,bermakna pemain telah memenangi permainan tersebut.Ini disebabkan pemain telah berjaya mendapatkan buah lawan sehingga mampu meletakkan buah ke dalam rumahnya.

Cara lain untuk mendapatkan kemenangan ialah dengan menapak. Sekiranya seorang pemain lambat memasukkan buah ke dalam lubang rumah,dia akan dianggap pemenang.Ini bermaksud kelambatan memasukkan buah congkak ke dalam lubang rumah disebabkan buah di lubang kampung banyak.Oleh itu,pemain mngambil masa yang lebih lama untuk memasukkan buah ke dalam lubang kampung.

Wednesday, December 16, 2009

Cara Permainan Congkak Dimainkan

video

Pautan Lain Tentang Cara Congkak dimainkan


Congkak 1 : English Version


Congkak 2 : Versi Bahasa Melayu